BEBEL ORANG NAK PENCEN  

Posted by Chon On Blog




Jika mahu mendapat manfaat yang berlipat ganda daripada prestasi sumber manusia, cara kita menilai mereka mesti berubah. Kita mesti berpegang kepada prinsip teras bahawa pekerja adalah aset pertubuhan yang paling berharga, dan sesungguhnya mereka berupaya mencipta kejayaan luar biasa. Yang penting sekali ialah kita mesti menyakinkan mereka tentang hakikat itu.

Pada saya adalah tidak memadai jika kita sekadar melayan mereka dengan baik dan kemudian mengguna mereka dengan baik. Kita sepatutnya membantu aset kita itu merasakan apa yang dikerjakan itu amat bermakna dan memberikan kepuasan.

Mereka tidak mahu diguna atau dijadikan mangsa atau alat oleh pertubuhan. Mereka mahu merasakan bahawa mereka memainkan peranan yang penting, bernilai dan berhak ke atas sumber-sumber di bawah jagaan mereka.

Mereka mahu merasakan bahawa mereka memberikan sumbangan peribadi kepada sesuatu yang bermakna. Setelah itu kita akan lihat betapa terasang dan puasnya mereka.

Ketika itulah potensi seseorang akan benar-benar terserlah dan semua tenaga dan daya kreativiti yang terpendam, akan membuak-buak dan melimpah. Seorang pemikir, Goethe, berkata: “ Jika kamu melayan seseorang itu seadanya, maka dia akan kekal seadanya tetapi jika kamu melayan seseorang itu dengan keyakinan bahawa dia boleh dan pasti boleh, dia akan boleh dan pasti boleh melakukannya.”

Sesungguhnya kita mesti yakin dengan potensi seseorang itu yang tidak kelihatan. Jika tidak, kita hanya mendapat prestasi “status quo” sahaja – semuanya seperti biasa atau “business as usual”.

Sebenarnya kebanyakan daripada kita dapat melakukan sesuatu jauh lebih baik daripada yang diperlukan atau dibenarkan dalam skop pekerjaan kita. Masalahnya, pengurusan selalunya tidak percaya.

Mendiang Konosuke Matsushita, pengasas dan presiden konglomerat elektronik ternama Jepun, mengatakan begini: “ Kita akan menang dan kuasa-kuasa industri Barat akan kalah; tidak dapat dielakkan kerana kegagalan kamu (industrialis barat) berpunca daripada diri kamu sendiri…Bagi kamu, prinsip pengurusan adalah mendapatkan idea daripada ketua-ketua dan menurunkannya ke tangan para pekerja.”

Dalam erti kata lain, yang perlu ditukar adalah cara pengurusan berfikir iaitu pada mereka, buah fikiran yang bernas hanya datang dari peringkat atasan; paradigma lama yang menjerut banyak organisasi.

Ia hampir sama dengan kepercayaan perubatan cara berbekam. Dahulu orang percaya penyakit disebabkan darah kotor yang mesti dibuang melalui berbekam. Kemudian Semmelweiss, Pasteur dan saintis-saintis ternama lain menemui kuman dan bakteria; sekaligus pandangan tentang penyakit serta nilai-nilai rawatan dan perubatan pun berubah. Evolusi pemikiran, pandangan dan nilai yang sama perlu berlaku dalam pengurusan dan kepimpinan. Paradigma teras perlu ditukar, dan ia mesti berlaku segera jika sesebuah organisasi tidak mahu lewes.

Alkisahnya… begitulah, bak kata orang putih; my two cents.




This entry was posted on Friday, September 19, 2008 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

5 comments

Pak Tham, what you say is true. but unfortunately most management still berfikiran kolot and unable to accept constructive feedbacks from the workers. i think its ego, a show of power..which is sayang coz i don't think pekerja nak jatuhkan sesebuah organisasi yang memberikan ia pendapatan...

Anonymous  

Mr Kojak Boss
Pihak pengurusan patut ikut seminar macam mana nak "mengevolusikan" pemikiran mereka... biaq mahal tapi patut ikut sebab lebih mahal lagi kalau kehilangan staff yang mahir.
Banyak yang perlu dilakukan lagi oleh pihak pengurusan dalam mengnaturalkan pemikiran mereka supaya lebih profesional dan mempunyai pemikiran yang terkini selaras dengan keadaan dunia masa kini. Kalau sikap ni tak berubah, mereka aku terus kehilangan kepakaran dan sentiasa perlu mengambil masa untuk mengrekrut yang baru.

its me combi
big apple

Bidadari: Most managements are old schools and like you said, egoistic. Hey, how's you preg coming along, bila due? You take good care of yourself now, you hear. love, pak tam

Combi: Dah balik sini kah? Dengar panjang kali ini. Nanti kita jumpa, ok? Dengar khabar you dah in the motherly way now, betul? Great!

date due is 7th dec...so far everything alhamdulilah ok...perut dah start besar sikit (sebab dah masuk 7th month)...should be meeting the good dr this monday..shall update the berita in the blog as soon as i can :-D u take care too! i know you are looking forward to the big break...:-D

Anonymous  

Boss.. Belum sampai lagi dua days before raya la... now busy with catering project during UNGA. Memang I nak sangat jumpa you... coz dah lama kan.
Yeap, 4 months now and will be 5 months in Msia nanti semua2 habis. My pak nana here nak baby dia jadi rakyat Msia. Hope to see you tho.